Monday, March 31, 2014
Sunday, March 30, 2014
CARA MEMBELI
Thursday, March 27, 2014
NUTRIFERON: BAGAIMANA IA BERTINDAK
Demam, selesema dan kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada bakteria atau virus. Jadi, kita perlu merencatkan serangan virus atau bakteria dengan meningkatkan system imun tubuh. Bagaimana pula hendak meningkatkan sistem imun tubuh???
HAA..mari sini semua ibu-ibu, kakak-kakak, adik-adik saya ingin berkongsi satu cerita. Untuk menguatkan sistem imun tubuh, kita perlulah mengejutkan semua askar-askar dalam tubuh kita dengan membekalkan semua nutrien yang diperlukan. Askar tersebut adalah sel darah putih yang bertindak sebagai antibodi melawan segala virus atau bakteria dari luar.
Apabila kita letih, tertekan atau kurang rehat, sistem imun tubuh turut menjadi lemah. Jadi kita memerlukan bantuan interferons. Interferons pula ada 2 jenis. Pertama, jenis yang baik atau semulajadi bertindak menggalakkan pertumbuhan askar baru dalam tubuh. Manakala yang kurang baik adalah kimoterapi yang bukan sahaja memusnahkan virus pembawa penyakit , malah sel yang sihat turut terkorban.
Maka, kita memerlukan nutriferon yang bertindak dengan 2 cara:
* Menstimulasikan setiap sel dalam tubuh kita untuk menghasilkan interferonnya sendiri
* Menggerakkan pasukan kenalpasti dan musnah bakteria jahat dalam sistem imuniti tubuh
Bukanlah bermaksud penyakit boleh terus sembuh dengan mengambil nuriferon,tetapi nutriferon sangat membantu dalam mengaktifkan sistem pertahanan tubuh dan merencatkan serangan virus atau bakteria. Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati..
Wednesday, March 26, 2014
SLE BOLEH DIRAWAT DENGAN VIVIX
SLE ( SISTEMIK LUPUS ERITEMATOSUS ) merupakan penyakit yang sangat unik kerana penyakit ini sukar didiagnosis pada peringkat awal. Ini kerana simptomnya tidak begitu ketara seperti demam, letih dan keguguran rambut. SLE terjadi kerana antibodi yang sepatutnya dihasilkan oleh tubuh untuk menyerang organisma asing, sebaliknya telah menyerang sel-sel dalam tubuh badan. Jadi, organ-organ dalam tubuh badan mengalami keradangan. Turut dikenali sebagai "autoimmune"
Terdapat 3 jenis penyakit SLE
1. Sistemik Lupus Eritematosus (SLE ) - Kegagalan organ dalaman tubuh berfungsi dengan betul.
2. Diskoid Lupus Eritomatosus ( DLE ) - Melibatkan kulit sahaja,terdapat tompok malar
3. Lupus Neonatal - Berlaku pada bayi yang dilahirkan oleh pesakit SLE.Disebabkan
oleh auto-antibody di dalam darah ibu.
VIVIX merupakan produk revolusi dari Shaklee yang membantu pemulihan sel secara selular. Kandungannya yang kaya dengan antioksidan, anti radang dan anti kanser sangat membantu dalam mengurangkan gejala pesakit SLE.
Supplemen lain yang boleh digabungkan bersama vivix untuk pesakit SLE
Omegaguard - Kajian menunjukkan pengambilan minyak omega 3 membantu meningkatkan jumlah lipid dalam darah pesakit.
Ostematrik - Pengambilan kalsium dan vitamin D secukupnya amat penting. Ini kerana penggunaan steroid pada pesakit SLE dalam jangkamasa panjang mendedahkan kepada osteoporosis.
GLA complex - Pesakit SLE biasanya kekurangan GLA. GLA membantu menghasilkan anti-imflammatory prostaglandin (PGE-1). (anti-imflammatory = anti-radang). Mengurangkan aktiviti limposit sekaligus mengurangkan simptom SLE.
*supplemen Shaklee yang tidak sesuai untuk pesakit SLE adalah Alfalfa, Vitalea, Herblax & Nutriferon
TESTIMONI
Jika masih ragu-ragu , mari saya kongsikan testimoni dari Master Iffah Anuar sendiri, penghidap penyakit SLE.
"Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RA atau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini. Mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya (itu kata doktor sains).
Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:
Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia
1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah-kebah
1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)
2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak Berjaya.
Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.
Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.
Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).
Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT.."
OMEGA GUARD SHAKLEE
OMEGA GUARD SHAKLEE ( minyak ikan terbaik dunia )
# Diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk ( sardine, mackerel, herring, anchovies ) di Jepun.
# 1 KAPSUL mengandungi 905mg minyak omega 3 EPA dan DHA
# Berbeza dengan produk omega 3 lain di pasaran kerana sangat tulen, mengandungi 7 jenis asid omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
# Dihasilkan dengan kaedah ultratulen iaitu proses penyulingan 3 molekul untuk mengekstrak minyak yang
paling tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium dan PCB.
MEMBANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN OTAK BAYI - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ibu hamil boleh mengamalkannya terutama pada 3 trimester terakhir demi kepentingan anak yang dikandung.
MENCEGAH PENYAKIT SALURAN DARAH & STROK - DHA dan EPA menentang thrombosis, iaitu pembekuan darah dan membantu melancarkan peredaran darah. Jadi penghidap darah tinggi boleh menjadikan omega guard sebagai alternatif untuk meningkatkan tahap kesihatan anda.
MENINGKATKAN SISTEM IMUN & MENYIHATKAN PARU-PARU - Mengawal system imun jadi sesuai untuk pesakit eczema, SLE, bronkitis, hepatitis dan penyakit buah pinggang.
MENENTANG KANSER - Hasil kajian membuktikan omega 3 mampu mencegah kanser kolon, paru-paru, payudara dan prostat.
MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI - Sesiapa yang makan minyak ikan didapati mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi. Jadi boleh mencegah penyakit arthritis, osteoporosis, gout dan penyakit sendi dengan efektif.
MENINGKATKAN KADAR METABOLISME - Kajian yang dilakukan di Jepun mendapati omega 3 mampu menghalang pembentukan lemak hodoh dan menggalakkan pembakaran lemak lebih cepat. Sebab itulah omega guard boleh diambil bersama-sama set kurus Shaklee yang lain.
MEMBANTU PERKEMBANGAN MEMORI - Omega 3 dipercayai boleh mengembalikan sifat fleksibel dan lembut membrane sel terhadap neuron di dalam otak, menyebabkan peningkatan komunikasi sel dan fungsi otak. Jadi boleh mengatasi masalah Alzheimer bagi warga emas dan membantu anak untuk mudah menerima pelajaran.
KESIMPULANNYA, Omega Guard sesuai untuk semua golongan. Iaitu ibu hamil, orang yang berpenyakit kronik, warga emas malah kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas. Cuma cara pengambilan mungkin sedikit berbeza.
GABUNGAN MANTAP OMEGA GUARD DENGAN PRODUK SHAKLEE LAIN
KULIT GEBU DENGAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE
COLLAGEN POWDER SHAKLEE mengandungi 4,000mg Kolagen RSS ( Sisik Ikan Merah ) dan sangat rendah dalam berat molecular iaitu sekitar 1,000 Dalton. Shaklee memilih ikan merah sebagai formula utamanya kerana ikan merah ;
# Sangat lasak & elastic - boleh menahan tekanan sehingga 20 paun.
# Kepaduan sel yang sangat tinggi - bertelur & hidup bebas di lautan dalam.
# Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan.
Berikut adalah bahan-bahan lain yang terkandung dalam collagen powder Shaklee:
TANDA KEKURANGAN KOLAGEN
- kulit berkedut dan garis senyum kelihatan
- lingkaran hitam bawah mata & eyebag
- liang roma besar
- pigmentasi & jeragat
- rambut kering dan bercabang
- kuku rapuh dan kekuningan
- sakit belakang @ sendi
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas mari amalkan pengambilan Collagen Powder Shaklee. Cuma 1 sachet sehari mampu meminimumkan semua kesan di atas.
HASIL UJIAN KLINIKAL COLLAGEN POWDER SHAKLEE
1. Meningkatkan kelembapan kulit - 90%
2. Mengurangkan kekasaran & kekeringan - 75%
3. Peningkatan dalam penampilan keseluruhan - 71%
4. Meningkatkan kelembutan dan kelicinan - 69%
5. Meningkatkan pemakaian mekap kekal - 60%
6. Meningkatkan keanjalan dan elastisiti - 55%
7. Meningkatkan ketebalan rambut - 54%
8. Menambah keserian & tona kulit - 50%
9. Mengurangkan garis halus & kedutan - 18%
7 KEBAIKAN COLLAGEN SHAKLEE
TESTIMONI
Tuesday, March 25, 2014
KEHEBATAN VIVIX SHAKLEE
VIVIX merupakan revolusi terbaru dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Poligonium Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.
FUNGSI VIVIX
*MEMPERBAIKI DNA - Tubuh kita mudah mengalami kerosakan DNA kerana terdedah dengan pelbagai radikal bebas. Apabila DNA rosak, lebih cepat proses penuaan berlaku. Jadi, vivix membantu melindungi DNA dan melambatkan proses tersebut.
*MENGAWAL GENETIK - membantu melambatkan penuaan sel.
*MENINGKATKAN TENAGA DALAM SEL - Tenaga dalaman ditingkatkan dengan pembentukan mitokondria baru. Mitokondria merupakan penjana tenaga dalam tubuh.
*MELAMBATKAN PEMBENTUKAN AGE (advanced glycation ends product) - Penimbunan AGE akan mengakibatkan kerosakan sel. VIVIX mengandungi 10x resrevatrol (kandungan unik dari anggur muscadine) yang terbukti mampu melambatkan pembentukan protein AGE.
RESVERATROL bermaksud
1. Antioksida yang tinggi
2. Anti-imflammasi/Anti radang
3. Anti-kanser
AMAT DIGALAKKAN UNTUK PESAKIT-PESAKIT
1. KANSER & TUMOR - merencatkan sel kanser dari menjadi semakin serius
2. DIABETES - mengurangkan komplikasi kencing manis
3. ARTHRITIS,OSTEOPOROSIS - melindungi saraf
4. GOUT - menyokong kesihatan sendi
5. PENYAKIT JANTUNG - melindungi dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
6. DARAH TINGGI - jus anti oksidan ini menyeimbangkan tekanan darah
7. ALZHEIMER - mengurangkan insiden untuk cepat nyanyuk
8. SLE - potensi anti radang vivix membantu mengurangkan gejala SLE
Subscribe to:
Posts (Atom)



















